Kau memang lucu.
Kau pasti- manusia yang bertahun-tahun kau kasih ini
akan jadi milik kau?
Kau pasti- manusia yang berbulan-bulan kau tunang ini
akan jadi milik kau?
Kau pasti- manusia yang berminggu-minggu kau nikahi ini
sudah jadi milik kau?
Jangan jenaka.
Kau ikat dia- kau fikir dia apa?
Anjing?
Objek?
Kau ikat dia- kau ingat kau siapa?
Ibu bapa?
Tuhan?
Kau ikat dia- kau sedar kau dan dia siapa?
Dua-dua asalnya satu, tanah.
Entah-entah itu- manusia yang kau benci itu
Yang akan kau kasih
Entah-entah itu- kawan karib kau itu
Yang akan kau tunang
Entah-entah itu- lelaki yang beristeri ( atau janda, jika kau lelaki) itu
Yang akan kau nikah
Ini jodoh, bodoh.
Bukan alat kawalan jauh.
Kau boleh mengusul sejuta rancangan
Senaraikannya berjela-jela hingga jadi tebal, sebal, bebal
Tapi yang meluluskan struktur pelan, DIA
Kau boleh cemburu membabi buta
Dan tanam cip mikro dalam kepala otaknya
Tapi kemudian aku tanya, kepala otak siapa yang rosak sebenarnya?
Yang digarikan itu tangan
Yang dicincinkan itu jari
Bukan nyawa
Bukan hati
Ini jodoh, bodoh.
Ini Jodoh, Bodoh adalah antara salah satu puisi Wani Ardy yang Along petik dari buku Gangguan Teksual Perempuan Simpanan.
Ini adalah salah satu puisi yang Along semat kemas dalam hati, di mana setiap katanya membenarkan bahawa tiada guna kau meninggi diri hanya kau berpunya, tiada betul kau membenci diri hanya kau masih belum menemui jodoh, kerana ini semua aturan Yang Kuasa.
Dan aturan itu pasti ada hikmahNya.
Jangan dipandang enteng kekurangan sesama insan hanya kerna kau rasa kau punya kelebihan.
Jangan diludah sebarangan kerana belum tentu kau pasti kau takkan menjilat ludah kau sendiri.
Itu yang Along pegang dari dulu.
Ini nasihat pada diri sendiri jua.
Along serik melihat semua itu berulangkali, berulang kembali.
Jelik pun ada, lantas Along putuskan untuk berdiam.
Diam Along bukan kerana mengalah.
Cuma terlalu jelik hingga yang terkeluar hanya kata 'UGH!'.
Atau Along berhati-hati kerana takut menjadi apa yang Along cuba elakkan.
Nah, kesatlah peluhmu.
Memang seronok mengorek tanah, mencari cela ku yang bersepah.
Atau kau gigih menimbus salahmu di balik senyum indah itu?
Sudahlah weh.

6 comments:
along,saya silent reader along.suka la puisi wani ardy ni.bloeh ke nak copy paste kat my fb status?tapi letak nama wani ardy la/takpun kolo nak beli buku ni cemana?
sy terkesan la ngn puisi2 dia ni
Akmar - Asalkan ditulis itu ciptaan Wani Ardy, Along yakin dia senang hati.
Her poem collections masih dalam pembikinan, InsyaAllah, kalau dah keluar nanti, do grab a copy k?
Siapa yang tak terkesan, Along kira dia hati batu.
:)
Rajin rajin ke www.waniardy.com ok?
Thanks!
hmm...menarik menarik...
kalau begitu.. izinkan aku utk pinjam puisi wani ardy ini utk ditatap oleh rakan2 aku di blog aku plak..
terima kasih along dan wani ardy.. ;)
rasa nak nangis baca puisi nie.... sangat terkesan... minta izin pada along nak copy 'n letak di blog. Syabas waniardy!
hebat. tp bukan puisi ini ade keluar dalam buku PEREMPUAN SIMPANAN?
along pergi tak Hari Bintang Jatuh & 3Venus tahun ini ?
Post a Comment